Pages

August 6, 2011

aku ada kerana kau ada

menangis...
rasa gembira teramat


menangis...
mungkin terharu


menangis lagi...
sedih?

tapi ku gembira. apa jua ku buat, kamu dan kamu tetap ada di sisi.
apa yang ku lalui, kamu dan kamu tetap di sisi ku..

luv u'all. :)

July 16, 2011

perlukan kamu

kenapa?
sampai bila?
sunyi?
eh, taklah!
habis tu?
selalu jugak terfikir..sampai bila?
sekurang-kurangnya ada teman yang boleh membantu. memberi pandangan. memberi tunjuk ajar. melindungi.
ya. memang orang-orang sekeliling qara sentiasa seperti diatas.
tapi..ada sesuatu yang qara tak boleh berkongsi.
ada suatu rasa. suatu yang memang qara perlu kongsi. tapi..
tapi..
tapi..
.....

July 13, 2011

mutiara jatuh mengalir

hari ni jumpa cik wan.
punya la slow talk then sembang-sembang.
tetiba jadi sebak.
qara tahan.

'jangan nangis! malu cik wan tengok.'
getus hati.

tapi makin banyak cik wan bagi pandangan, makin bergenang mata itu.
kemudian..
sikit demi sikit ia jatuh.mengalir.
cik wan dah gelabah. tak tahan tengok perempuan nangis.
cik wan pura-pura transfer kan data.
qara malu jugak. dalam sedu kesat air mata dengan lengan baju.
tak terniat nak nangis. sungguh. maaf cik wan.
nampak sangat qara tak tabah.

p/s: cik wan tu lelaki

loser

when you feel like a loser,
      then you are realy the loser one!

July 10, 2011

wtfail!

hari 1st. semangat just on of then of.
rasa sangat loser.
loser.
then loser.
should be not like this.
i'm the leader.
i'm the knowing one.
but..dem!
seriously feel like i'm the loser one!

July 2, 2011

silent~

keliru.
qara ada masalah psikologi kah?
susah betol nak bergaul.
masuk kelompok tu, diam. kelompok ni, pun diam.
susah betol nak bukak mulut.
susah.
susah.
susah!

oh..yela. qara memang pendiam.

p/s: maafkan ku wahai kelompok-kelompok itu.

June 25, 2011

perihal tanya

qara mengajukan pertanyaan berbaur permintaan kepada nya.
lantas jawapan berbaur sindiran yang melayang.
agak tersentak.
kenapa begitu? dah lama tak kena macam ni.

''hati sikit terguris''

tapi qara biarkan saja. tak ada hak untuk melawan. kurang ajar namanya tu.

June 20, 2011

selatan sedang menanti

its annoyed me. kenapa mesti selatan?
kenapa mesti selatan?
kenapa mesti selatan?
taknak. hati ku tak sedap.
tak gembira.
tak sedih jugak.
tiada perasaan sudah.
gundah gulana semua bercampur baur.

p/s: ya allah. permudahkan lah semuanya.
lindungi kedua ibubapaku. sayangi mereka sebagaimana mereka kasihi aku.
amin.

June 12, 2011

lepaskan amarahmu


mengamuk adalah satu kehendak. bukan satu keperluan.

sesetengah orang mengamuk bila dia rasa PERLU mengamuk. dimana sabarnya telah memecah tembok batasannya.

sesetengah pula selalunya mengamuk kerana memang HENDAK mengamuk. yang ini memang sabarnya sangat minima. sikit-sikit mengamuk.salah sikit mengamuk. gila!

tak usahlah mengamuk sakan. huduh. lagipun orang tak suka. asik-asik ko je nak menang. dah terang-terang kau salah.
ape kes?

haah. qara tengah tahan marah taknak mengamuk!

p/s: kucing memang ada magik kot. bila tengok muka kucing, rasa nak senyum. mesti rasa marah hilang. 

May 27, 2011

the thunder

hening..
pandanganku hitam putih hitam putih.
memancar memancar cahayanya seperti pancaran flash DSLR gedabak itu.
sesaat dua kemudian,
kebabboomm..! berdentum dentam. bersahut sahutan.
guruh.
titisan titisan kedengaran.
semakin lama semakin mencurah.
oh. hujan lebat lagi malam ni.

resah.
ku bangun, petik suis lampu.
tidurku berteman cahaya lampu hari ni.

-------------------

May 16, 2011

16 mei

semua tahu tarikh itu adalah tarikh meraikan guru.
qara pun tahu. semua orang yang pernah belajar di sekolah pasti tahu.


-------------------

hmm.
kenapa qara? bisik hati kecilku.
mampu kah qara memikul tanggungjawab itu? jawab ku.
pasti boleh. berusahalah sehabis boleh. pujuk hati kecilku lagi.


---------------------


tak lama lagi nak masuk sekolah. adui..dah lama tak pegang buku ni. qara nak mengajar ape?
setahun dah qara tinggal dunia buku. tetiba nak kena masuk mengajar. wut the pish? sume teori n psikologi qara dah tinggal jauh..tak jangka pulak rezeki qara ke situ.


mampu kah qara???
mampukahh..???


seriously. qara takde kenyakinan.


p/s: selamat hari guru kepada penyebar ilmu

April 30, 2011

mimpi

tidur secomel yang boleh

hari ni dah 2 malam qara bermimpi aneh.

bila bangun pagi, ada suatu perasaan aneh. tidak ku mengerti apakah ia.

ada suatu kegembiraan. namun terpalit sedikit suram. mungkin hati sedikit gusar akan sesuatu.
bila diingat ingat kembali untuk memahami apakah yang tersirat disebaliknya, mimpi semakin menjauhi dari ingatan.

ah, itu memang lumrah. mimpi hanya mainan tidur.

p/s: hati sangat gusar!

April 12, 2011

menanti sebuah jawapan

mengharap sinar dalam kegelapan

setahun masa berlalu..
hari-hari qara menanti dengan penuh harapan.

tapi, jawapan yang dinanti tak muncul juga.

apa kali ni sememangnya rezeki tidak berpihak pada qara?
qara berserah saja. 
ini sudah kali kedua.

bagaimana jika jawapan yang dinanti tidak menyebelahi qara?

ahh..pasrah saja.

mood: menanti terus menanti...
---------------------------------------

April 8, 2011

siapa aku padamu...

arnab perlu teman tuk berbicara juga. kan?
--------------------------

 ::faizal tahir-coba::



''cuba kau dengar
cuba kau cuba
diam bila ku cuba
untuk berbicara dengan kamu''

selalu sangat bila qara nak say something awak tak pernah bagi peluang. kenapa? 



''pernahkah kau anggap
bila ku perlu tuk meluahkan rasa hati''

apa qara tak punya ruang untuk luah ape yang terpendam. qara pun ade hati dan perasaan. 
qara perlu someone untuk sama sama rasa ape yang qara lalui. 



''dan bila kau bersuara
setia ku mendengar
agar senang kau merasa''

even qara tak pernah diberi peluang,
qara setia hulur jiwa raga memahami ape yang awak lalui. 
awak susah, awak cari qara, menangis dengan qara. 
marah-marah dengan qara. 
qara setia mendengar.
biar la qara tak paham pun. 
sekurang-kurangnya beban awak berkurang.

rasa best bila dah luah yang terpendam di hati

----------------------------

kali pertama..

kali pertama.
yeah. kali pertama qara menulis di kertas maya ni.

kenape? 

qara sunyi. qara perlu teman untuk meluah hati. tapi...
qara silent death right?

nobody know me well..and qara tak suka sibukkan orang ngan luahan hati qara.

but i can lend my ears to heard yours. dun worry lah!

::hukhukhukk::