Pages

July 2, 2011

silent~

keliru.
qara ada masalah psikologi kah?
susah betol nak bergaul.
masuk kelompok tu, diam. kelompok ni, pun diam.
susah betol nak bukak mulut.
susah.
susah.
susah!

oh..yela. qara memang pendiam.

p/s: maafkan ku wahai kelompok-kelompok itu.

June 25, 2011

perihal tanya

qara mengajukan pertanyaan berbaur permintaan kepada nya.
lantas jawapan berbaur sindiran yang melayang.
agak tersentak.
kenapa begitu? dah lama tak kena macam ni.

''hati sikit terguris''

tapi qara biarkan saja. tak ada hak untuk melawan. kurang ajar namanya tu.

June 20, 2011

selatan sedang menanti

its annoyed me. kenapa mesti selatan?
kenapa mesti selatan?
kenapa mesti selatan?
taknak. hati ku tak sedap.
tak gembira.
tak sedih jugak.
tiada perasaan sudah.
gundah gulana semua bercampur baur.

p/s: ya allah. permudahkan lah semuanya.
lindungi kedua ibubapaku. sayangi mereka sebagaimana mereka kasihi aku.
amin.

June 12, 2011

lepaskan amarahmu


mengamuk adalah satu kehendak. bukan satu keperluan.

sesetengah orang mengamuk bila dia rasa PERLU mengamuk. dimana sabarnya telah memecah tembok batasannya.

sesetengah pula selalunya mengamuk kerana memang HENDAK mengamuk. yang ini memang sabarnya sangat minima. sikit-sikit mengamuk.salah sikit mengamuk. gila!

tak usahlah mengamuk sakan. huduh. lagipun orang tak suka. asik-asik ko je nak menang. dah terang-terang kau salah.
ape kes?

haah. qara tengah tahan marah taknak mengamuk!

p/s: kucing memang ada magik kot. bila tengok muka kucing, rasa nak senyum. mesti rasa marah hilang. 

May 27, 2011

the thunder

hening..
pandanganku hitam putih hitam putih.
memancar memancar cahayanya seperti pancaran flash DSLR gedabak itu.
sesaat dua kemudian,
kebabboomm..! berdentum dentam. bersahut sahutan.
guruh.
titisan titisan kedengaran.
semakin lama semakin mencurah.
oh. hujan lebat lagi malam ni.

resah.
ku bangun, petik suis lampu.
tidurku berteman cahaya lampu hari ni.

-------------------

May 16, 2011

16 mei

semua tahu tarikh itu adalah tarikh meraikan guru.
qara pun tahu. semua orang yang pernah belajar di sekolah pasti tahu.


-------------------

hmm.
kenapa qara? bisik hati kecilku.
mampu kah qara memikul tanggungjawab itu? jawab ku.
pasti boleh. berusahalah sehabis boleh. pujuk hati kecilku lagi.


---------------------


tak lama lagi nak masuk sekolah. adui..dah lama tak pegang buku ni. qara nak mengajar ape?
setahun dah qara tinggal dunia buku. tetiba nak kena masuk mengajar. wut the pish? sume teori n psikologi qara dah tinggal jauh..tak jangka pulak rezeki qara ke situ.


mampu kah qara???
mampukahh..???


seriously. qara takde kenyakinan.


p/s: selamat hari guru kepada penyebar ilmu